TERMA DAN SYARAT MYLEA
1. Modal permulaan sebagai Agent mestilah bermula dari RM1000 bagi 20 unit (minimum)
2. Seorang Agent haruslah mendaftarkan diri di bawah Leader, Super VIP Agent ataupun VIP Agent yang sah.
3. Seorang Agent hendaklah mengekalkan kuantiti restock setiap bulan sekurang-kurangnya sebanyak 20 unit atau lebih.
4. Semua Reseller wajib mengikut harga jualan yang telah ditetapkan oleh pihak HQ Mylea.
5. Jika didapati berlaku permainan harga antara Reseller, maka Leader / Agent tersebut akan disingkirkan serta-merta daripada team Mylea. Nama Leader / Agent tersebut juga akan disenarai hitam oleh HQ dan semua Leader lain.
6. Seorang (Leader, Super VIP Agent ataupun VIP Agent) mestilah mengekalkan jumlah restock melebihi daripada jumlah restock downlinenya.
7. Sekiranya seorang Agent ingin restock melebihi jumlah restock Leader, maka Agent tersebut haruslah berurusan terus kepada pihak HQ Mylea.
8. Agent tersebut boleh terus berurusan melalui Pihak Mylea dengan syarat minimum restock iaitu 300 unit dan keatas serta mempunyai senarai team sekurang-kurangnya seorang Super VIP Agent dan seorang VIP Agent.
9. Jika Leader tersebut tiada Super VIP Agent dan VIP Agent dibawahnya, maka harga belian adalah RM40 seunit.
10. Sebarang aduan, cadangan, atau maklumat daripada Agent haruslah melalui upline dahulu dan Leader perlu memaklumkan pada HQ. Mohon respect Leader anda walaupun Leader baru bermula terus sebagai Leader.
11. Semua team wajib bersikap POSITIF sentiasa dan tiada perasaan iri hati sesama Agent di dalam dan di luar group. Kita buat kerja kita, jangan fikir kerja Allah S.W.T.
PERLANTIKAN LEADER / AGENT LUAR NEGARA
a. Jika seorang Leader bakal mendapat Agent dari Luar Negara, Leader / Agent tersebut haruslah mengikut harga jualan yang telah ditetapkan untuk Negara tersebut contoh seperti di Singapura iaitu $49 (RM120) untuk seunit. Ini bertujuan untuk menyelaraskan harga produk Mylea mengikut nilai matawang di setiap Negara.
b. Jika Leader / Agent enggan mematuhi peraturan tersebut, pihak pengurusan Mylea tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah yang timbul.
c. Pihak pengurusan Mylea juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas seperti melucutkan status Leader / Agent serta merta tanpa sebarang notis jika perkara seperti permainan harga berlaku.
PEMBAYARAN & PESANAN BARANGAN
a. Semua Leader / Agent diminta memberikan kerjasama sepenuhnya dalam urusan pembayaran.
b. Semua pesanan barangan hanya akan diproses selepas pihak pengurusan menerima bayaran.
c. Pembayaran boleh dibuat dimana-mana cawangan CIMB BANK seperti berikut:
NAMA LEADER – LEDAKAN DIGITAL MARKETING
d. Semua pengesahan pembayaran hendaklah dibuat melalui sistem Whatapp di talian +016-923 4269 Sila nyatakan dengan lengkap nama, jumlah bayaran, tarikh, masa berserta dengan bukti pembayaran.
e. Pihak pengurusan berhak menolak pesanan barangan tersebut sekiranya anda gagal mengemukakan bukti pembayaran.
f. Pihak pengurusan hanya menerima Pemindahan Wang (Credit Transfer), Kemasukan Wang (Cash Deposit) dan kami TIDAK akan menerima Kemasukan Cek (Bank-in Cheque) daripada anda.
PERTUKARAN BARANGAN
a. Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja dan hanya boleh dibuat dalam masa 3 hari dari tarikh invoice.
b. Barangan berbentuk set yang telah rosak jika telah dibuka dan diasingkan daripada set, tidak boleh ditukar. Anda mesti mengembalikan set tersebut secara lengkap.
c. Anda dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian sebagai bukti pembelian.
d. Jumlah nilai barangan pertukaran mestilah tidak melebihi nilai barangan yang ditukar atau pelanggan mesti membayar nilai lebihan tersebut.
e. Kredit anda akan dinyatakan di dalam invoice yang seterusnya.
f. Barangan yang mempunyai tarikh luput hendaklah dipulangkan 6 bulan sebelum tarikh luput yang tertera pada produk tersebut. Jika anda memulangkan barang tersebut kurang dari 6 bulan atau telah melebihi tarikh luput, pihak Mylea tidak akan menerima pemulangan tersebut.
g. Barangan yang rosak ditangan anda tidak boleh dikembalikan kepada pihak kami kerana itu adalah dibawah tanggungjawab anda.
h. Barangan keluaran terdahulu dan pek lama tidak akan diterima oleh pihak pengurusan Mylea dan ia merupakan tanggungjawab anda untuk menghabiskan stok tersebut.
i. Anda juga tidak dibenarkan menukar barangan Produk Mylea dengan barangan yang lain. Walaubagaimanapun pertukaran barangan yang rosak atau “reject” semasa penghantaran dari pihak Ibu Pejabat dan masih dibenarkan dengan syarat tukar dengan barangan yang sama.
PEMULANGAN BARANGAN
a. Pemulangan barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak akibat pengilangan sahaja.
b. Anda dikehendaki memulangkan barangan yang rosak berserta dengan salinan resit pembelian sebagai bukti.
c. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas barangan yang rosak akibat daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.
REKOD JUALAN AGENT
a. Semua Leader dikehendaki menghantar rekod jualan semua Agentnya kepada pihak Mylea setiap bulan dengan menggunakan Resit Pembelian Wakil Jualan Mylea
INSENTIF
a. Seorang Leader hanya dibenarkan memberikan isentif / reward kepada Agent bermula dari pencapaian 50 unit pertama.
b. Nilai reward daripada Leader adalah bebas asalkan anda ikhlas ingin menghargai Agent yang telah bekerja keras dalam Team anda
c. Setelah Agent itu mencapai angka jualan 300 box pertama maka dia berhak menuntut reward daripada pihak HQ Mylea dengan syarat besertakan resit pembeliannya daripada Leader
d. Pihak HQ Mylea juga menilai prestasi jualan Leader dan akan menawarkan insentif berbentuk barang kemas, barangan berjenama dan pakej percutian dalam dan luar Negara
e. Pihak pengurusan Mylea boleh dan berhak mengubah, meminda, menukar dan membatalkan insentif ini pada bila-bila masa.
PENILAIAN PRESTASI
a. Setiap 3 bulan sekali, pihak pengurusan Mylea akan menilai prestasi jualan stokis / Agent.
b. Sekiranya prestasi jualan tidak memuaskan atau Leader / Agent tidak aktif sedangkan permintaan pelanggan adalah tinggi di kawasan tersebut, pihak pengurusan Mylea berhak melantik Leader / Agent yang baru tanpa merujuk kepada Leader / Agent yang sedia ada.
c. Leader mestilah mempunyai daya kesungguhan dan daya usaha untuk melantik lebih ramai Agent sekaligus dapat meningkatkan prestasi jualan.
d. Sekiranya Leader tidak aktif dan tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Mylea, kami akan menurunkan status Leader kepada Agent.
PELANCARAN PRODUK BARU DAN PAKEJ PERMULAAN MENGIKUT MUSIM
a. Leader dan Agent dinasihatkan agar peka dengan sebarang Perlancaran Produk Baru oleh Mylea.
b. Leader harus memperkenalkan dan memasarkan produk-produk baru ini dipasaran dengan mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat daripada Ibu Pejabat Mylea terlebih dahulu.
c. Leader wajib membuat pengambilan Pakej Permulaan yang akan dikeluarkan oleh pihak Ibu Pejabat setelah Notis Persediaan diedarkan kepada anda. Tempoh pengambilan Pakej Permulaan tersebut adalah dalam tempoh 2 minggu bermula dari tarikh pelancaran.
SEMINAR, BENGKEL DAN KURSUS
a. Semua stokis / Agent diwajibkan mengikuti Kursus Asas Pengetahuan Produk & Kursus Asas Pemasaran online dan offline dan menandatangani perjanjian di Ibu Pejabat Mylea di Terengganu, sebelum menjadi Wakil Jualan kepada Mylea.
b. Jika gagal memenuhi syarat (a) di atas, pihak pengurusan Mylea tidak akan mengiktiraf Wakil Jualan tersebut dan pihak kami berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas Agent tersebut.
c. Kursus ini hanya diberi atas nama Agent sahaja dengan bayaran sebanyak RM100.00.
d. Sijil akan diberikan setelah tamat kursus atau setelah dinilai dari segi pencapaian.
e. Sekiranya Agent ingin mengadakan sebarang jualan di tapak niaga atau promosi, pihak pengurusan sedia menawarkan khidmat nasihat dan bantuan.
f. Sila maklumkan sebulan sebelum tarikh Event atau Seminar yang akan diadakan.
g. Agent diwajibkan membeli poster atau banner, beg kertas dari Mylea untuk tujuan promosi.
PERTUKARAN POLISI, SYARAT DAN PERATURAN MYLEA
a. Pihak pengurusan Mylea berhak mengubah, meminda dan menukar segala polisi, syarat dan peraturan yang difikirkan perlu dari masa ke masa.
b. Semua perubahan dan pertukaran polisi ini akan sentiasa dimaklumkan kepada Agent secara bertulis atau menerusi telefon.
MEMBEKAL KEPADA WAKIL JUALAN YANG TIDAK SAH
a. Setiap Agent Mylea tidak dibenarkan sama sekali untuk MENGEDARKAN sebarang produk Mylea kepada pemborong atau kiosk jamu di dalam pasaraya besar seperti Mydin, Giant, Tesco dan lain-lain. Ini bagi memastikan produk Mylea adalah esklusif dan hanya boleh didapati daripada Leader / Agent yang berdaftar sahaja. Jika owner kepada kiosk kecantikan tersebut mempunyai team dan tidak mempamerkan produk Mylea di Kiosknya maka dia diterima sebagai ahli Mylea.
b. Semua Leader / Agent sama sekali tidak dibenarkan menjual sebarang produk Mylea di laman web jualan seperti MY SHOPPE, ZALORA, JAMUMALL.
c. Jika pihak Agent enggan mematuhi peraturan tersebut, pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawap atas sebarang masalah yang timbul.
d. Pihak pengurusan Mylea tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas seperti melucutkan status Agent serta merta tanpa sebarang notis jika perkara ini berlaku.
PERLANTIKAN AGENT / DROPSHIP
a. Semua Leader mestilah mendapatkan kebenaran dari Ibu Pejabat Mylea sebelum melantik Agent / Dropship masing-masing.
b. Pastikan Agent yang hendak dilantik menghadiri kursus dan menyerahkan Resit Pembelian Agent kepada Ibu Pejabat sebagai bukti pembelian sekiranya pembelian dibuat di bawah Leader.
c. Seorang Agent perlu restock dengan seorang Leader sahaja. Tidak dibenarkan sama sekali untuk restock dengan Leader lain kecuali Leader tersebut tidak lagi bersama Mylea.
PERLUCUTAN KELAYAKAN AGENT
1. Sekiranya berlaku perlucutan status Agent, pihak pengurusan TIDAK akan membeli balik semua produk Mylea yang ada di premis perniagaan Agent termasuk banner atau sebarang papan tanda Mylea.
2. Selain dari itu, jika pihak Agent ingin menamatkan atau menutup perniagaan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak pengurusan Mylea juga TIDAK akan membeli balik semua produk Mylea termasuk banner atau sebarang papan tanda Mylea.
PEMASARAN DAN PENGAWALAN HARGA PASARAN
a. Mylea mempunyai Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga yang akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh Leader / Agent.
b. Sekiranya pihak Mylea menerima laporan tentang sebarang aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk Mylea, juruaudit akan dihantar untuk meninjau keadaan tersebut tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.
c. Sekiranya perkara ini didapati berlaku, pihak Mylea berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status Leader / Agent berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga syarikat Mylea.