Perjanjian Persefahaman diantara Ledakan Digital Marketing dengan Ejen Mylea Skincare Perjanjian diantara : Ledakan Digital Services (No. Syarikat TR0162607-H) "Syarikat" danNama Penuh* Contoh: Abu bin BakarNo. Kad Pengenalan* Contoh: 880501-11-1234Alamat*Sedikit Cerita Pengalaman Dalam Pernigaan (Jika Ada) :Tarikh Perjanjian* DD slash MM slash YYYY Facebook/Website (Pernigaan Jika Ada) Nombor Telefon* Contoh: 0163 4516 78 atau 0111 312 123Email (Salinan Perjanjian)* Ejen Perjanjian stokis ini dibuat pada tarikh yang dinyatakan seperti di dalam Seksyen 1 pada Jadual Pertama Perjanjian ini. Diantara Ledakan digital services (TR0162607-H) iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di 437A, Tingkat 1, Jalan Kamaruddin, 20300 Kuala Terengganu (selepas ini dirujuk sebagai “Syarikat tersebut”) sebagai satu pihak; Dan Individu yang mana nama, butir-butir dan alamat adalah dinyatakan di Seksyen 2 di dalam Jadual Pertama Perjanjian ini (selepas ini dirujuk sebagai “Stokis tersebut”) sebagai satu pihak yang lain. DIMANA Syarikat tersebut telah bersetuju untuk memberi dan Stokis tersebut telah bersetuju untuk menerima satu perlantikan penjualan sebagai Stokis untuk menjual dan/atau mempromosi dan/atau memasarkan produk Syarikat tersebut yang dinyatakan di dalam Seksyen 3 dalam Jadual Pertama Perjanjian ini (“Produk tersebut”) yang membawa jenama “Gambir Emas Performance Gel” berdasarkan terma-terma dan syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini. ADALAH DIPERSETUJUI BAHAWA: 1. Pendaftaran Stokis tersebut adalah dengan ini tidak perlu membuat apa-apa bayaran pendaftaran kepada Syarikat seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 4 Jadual Pertama Perjanjian ini. Stokis tersebut hendaklah mengisi borang pendaftaran dan juga perlu memberi salinan depan dan belakang kad pengenalan kepada Syarikat tersebut bagi membolehkan Syarikat tersebut mendaftarkannya sebagai Stokis tersebut. 2. Harga Runcit Harga runcit bagi Produk tersebut adalah seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 5 Jadual Pertama Perjanjian ini. Stokis tersebut tidak boleh menjual Produk tersebut melebihi dan/atau kurang daripada harga runcit yang dinyatakan dan Stokis tersebut hendaklah mematuhi termadan syarat ini. Stokis tersebut boleh pada bila-bila masa menjual Produk tersebut serendah harga yang telah dinyatakan di dalam Seksyen 5 Jadual Pertama Perjanjian ini. 3. Harga Borong Stokis tersebut adalah berhak membeli Produk tersebut daripada Syarikat tersebut dengan harga borong seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 6 di Jadual Pertama Perjanjian ini yang mana telah diperuntukkan oleh Syarikat tersebut bagi tujuan daya usaha mereka dan/atau mendapat apa-apa manfaat dalam mempromosikan dan menjual Produk tersebut. Harga borong tersebut adalah harga kepada Stokis tersebut dan Stokis tersebut tidak boleh menjual kepada para pelanggan dengan harga borong dan/atau mana-mana harga melebihi harga borong tetapi kurang daripada harga runcit. Stokis tersebut adalah berhak kepada untung daripada hasil jualan mengikut harga runcit dan untung tersebut adalah merupakan komisen Stokis tersebut. 4. Tanggungjawab Stokis tersebut hendaklah bertanggungjawab kepada Syarikat tersebut seperti yang berikut: Stokis tersebut hendaklah menjual dan/atau memasarkan Produk tersebut dan/atau juga memasarkan kepada pasaran tempatan secara atas talian dan/atau dengan mana-mana cara penjualan dan/atau pemasaran yang efektif dan/atau terkini. Stokis tersebut hendaklah memberi fokus dan/atau memfokuskan dan/atau mengambil berat dan/atau memberi tumpuan hanya kepada Produk tersebut sahaja. Stokis tersebut adalah dibenarkan pada masa yang sama memasarkan dan/atau menjual dan/atau mempromosikan mana-mana produk syarikat lain yang BUKAN merupakan dan/atau mempunyai ciri-ciri produk yang sama dan/atau bukanlah produk ubat kuat lelaki dan/atau sebarang produk “Performance Gel” dan/atau mana-mana yang berkaitan dengannya. Stokis tersebut juga hendaklah memastikan dan/atau tidak boleh pada semua masa yang material membuang tanda harga runcit seperti yang telah dicetak dan/atau tertera dan/atau tidak menanggalkan pelekat hologram yang telah ditampal di atas kotak Produk tersebut. Stokis tersebut juga hendaklah menjual Produk tersebut dengan harga runcit dan/atau harga runcit dan/atau harga runcit yang paling rendah dan tidak boleh pada semau masa yang material menjual dengan harga borong dan/atau harga yang rendah selain daripada harga runcit. 5. Pembelian Stok Stokis tersebut hendaklah membuat tempahan dan/atau membeli stok minimum daripada Syarikat tersebut pada setiap bulan seperti yang diperuntukkan di dalam Seksyen 7 Jadual Pertama Perjanjian ini. Stokis tersebut hendaklah mematuhi terma ini untuk mendapat keistimewaan sebagai Stokis tersebut. 6. Penamatan Sekiranya Stokis tersebut telah melanggar mana-mana terma di dalam klausa 2, klausa 3 dan/atau klausa 4 Perjanjian ini, Syarikat tersebut berhak dan/atau hendaklah pada bila-bila masa walaupun kurang daripada tempoh satu (1) tahun daripada tarikh perjanjian untuk menamatkan Perjanjian ini dengan cara memberikan Notis dalam masa tujuh (7) hari kepada Stokis tersebut dan Stokis tersebut adalah terhenti daripada menjadi stokis kepada Syarikat tersebut. Pihak Syarikat tersebut juga adalah berhak untuk mengambil tindakan undang-undang dan/atau menuntut ganti rugi daripada Stokis tersebut. Stokis tersebut boleh pada bila-bila masa membatalkan dan/atau menamatkan Perjanjian ini dan/atau berhenti daripada menjadi Stokis tersebut dengan memberi Notis bertulis dalam tempoh tiga puluh (30) hari kepada Syarikat tersebut selepas satu (1) tahun dari tarikh Perjanjian ini. Stokis tersebut selepas membatalkan dan/atau ditamatkan dan/atau berhenti dari menjadi Stokis hendaklah berhenti dari menjual dan/atau mempromosi produk-produk Syarikat tersebut tanpa persetujuan bertulis dari Syarikat tersebut. Stokis tersebut tidak boleh menamatkan perjanjian ini kurang daripada tempoh satu (1) tahun dari pada tarikh perjanjian ini dan sekiranya berbuat demikian, pihak syarikat boleh menuntut ganti rugi dan/atau mengambil tindakan undang-undang dan/atau yang sewajarnya. Perjanjian ini boleh diperbaharui dan/atau dimasuki semula oleh Stokis tersebut walaupun setelah ditamatkan dan/atau berhenti daripadanya dengan kebenaran pihak Syarikat tersebut dan/atau budi bicara kedua-dua belah pihak. 7. Yuran Guaman dan Duti Setem Stokis tersebut tidak menanggung yuran guaman, bayaran duti setem dan apa-apa pembayaran yang berkaitan dengan Perjanjian ini. (Perjanjian Atas Talian) 8. Masa Masa yang dinyatakan hendaklah menjadi asas dan/atau intipati di dalam Perjanjian ini. 9. Notis Sebarang notis atau permintaan yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan adalah dianggap telah disampaikan secara sempurna bagi sebarang tujuan yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini kepada pihak-pihak berkenaan, dan jika dihantar melalui serahan kendiri atau melalui pos daftar kepada alamat berdaftar yang terakhir diketahui (seperti yang diketahui oleh pihak di dalam Perjanjian ini) dan hendaklah dianggap telah diserahkan secara sempurna seperti dalam keadaan biasa serahan dibuat atau diterima. 10. Pentafsiran Di dalam Perjanjian ini: Perkataan yang membawa maksud jantina maskulin hendaklah merangkumi jantina feminin dan jantina neuter dan begitu juga sebaliknya. Perkataan di dalam bilangan tunggal merangkumi bilangan jamak dan begitu juga sebaliknya; dan Kepala tajuk klausa di dalam Perjanjian ini digunakan hanya bagi tujuan kemudahan sahaja dan tidak diambil kira sebagai sebahagian bagi tujuan pentafsiran Perjanjian ini. 11. Pemberian Hak Hak-hak yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini tidak boleh diberikan kepada Stokis tersebut tanpa persetujuan bertulis daripada Syarikat tersebut. BACA LEBIH LANJUT TERMA DAN SYARAT DISINI Disediakan oleh : ALDA SHUKRI KHAIRI & ASSOCIATES No 66/27 Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel : 09-630 5121 Fax : 09-630 5131 PERJANJIAN AKUR JANJI MYLEA Dengan ini saya (Nama Ejen) berjanji, sebagai Reseller Mylea, Saya akan menjaga amanah mengikut harga yang telah ditetapkan dari pihak HQ Mylea, jumlah harga Produk Mylea adalah selaras dijual secara offline mahu pun online. MYLEA FRECKLES SERUM 1 UNIT Harga Asal Seunit : 1 unit RM120 Harga jualan pasaran seunit : 1 unit RM90 Kos postage: Semenanjung ( RM8 ) Sabah/Sarawak ( RM10 ) MYLEA SKINCARE 1 SET Harga Asal Seunit : 1 unit RM150 Harga jualan pasaran seunit : 1 unit RM120 Kos postage: Semenanjung ( RM10 ) Sabah/Sarawak ( RM15 ) Saya berjanji jika saya tidak menjaga amanah ini saya sedia terima apa sahaja risiko “termination” dari pihak Syarikat tanpa sebarang amaran ( terminate dengan bukti ). Jika saya melanggar amanah ini, saya rela menanggung segala bentuk pembalasan dari Allah atas segala amanah yang telah diserahkan HQ Mylea / Founder ke atas saya, dengan ini saya juga ingin menjaga keharmonian semua Reseller lain dan memberi keadilan kepada semua ahli team Mylea keseluruhannya.Persetujuan* Saya bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan. Saya berjanji akan menjadi ejen yang bertanggung jawab untuk mengjaga harga pasaran yang diselaraskan.