Obesiti adalah penyakit alaf baru yang mengundang isu kesihatan yang serius, bukan sahaja penyebab pelbagai komplikasi perubatan termasuk diabetes, masalah pernafasan ketika tidur tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi, masalah tulang, dan kanser.
Malah obesiti mempunyai kesan negatif terhadap kualiti hidup, kecergasan fizikal, harga diri, seksualiti, kesejahteraan emosi dan sosial dan juga, yang sering dipandang remeh, masalah ketidaksuburan.
Maksud obesiti di sini adalah keadaan di mana seseorang memiliki lebihan lemak di dalam badan sehingga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.
Antara faktor yang mempengaruhi kesuburan adalah berat badan berlebihan atau obesiti. Laporan Mengatasi Obesiti di ASEAN telah meletakkan Malaysia sebagai juara ‘negara obes’ di Asia Tenggara.
Laporan ini membuktikan bahawa kadar obesiti di Malaysia adalah 13.3% manakala peratusan rakyat yang memiliki berat badan berlebihan adalah 38.5%. Kajian menunjukkan lelaki berlebihan berat badan mempunyai paras testosteron 24 peratus lebih rendah berbanding lelaki biasa, manakala lelaki obes mempunyai tahap 26 peratus lebih rendah testosteron.
Kemungkinan ketidaksuburan lelaki meningkat sebanyak 10 peratus untuk setiap sembilan kilogram peningkatan berat badan berlebihan seorang lelaki.
Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) juga melaporkan obesiti mengurangkan kualiti air mani yang berkaitan dengan penurunan kadar spermatogenesis, pembentukan sperma dan morfologi sperma. Obesiti juga dikaitkan dengan masalah ereksi dan kurang aktif dalam melakukan hubungan intim bersama pasangan.
Implikasi obesiti terhadap kesuburan wanita turut mempengaruhi hasil kejayaan pasangan yang melalui rawatan bayi tabung uji atau IVF. ASRM melaporkan bahawa obesiti dikaitkan dengan penghasilan ovum yang tidak matang, kualiti ovum merudum dan kekurangan respons ovari kepada ubatan IVF.
Obesiti ini sebenarnya dapat diatasi dengan senaman dan mengawal kadar pengambilan makanan. Tapi susah kan nk konsisten semua ni. Tapi jangan risau, pembaca semua boleh mencuba Mylea Dream Curve. Dream curve diformulasi khas dengan serbuk hazel, dan kopi arabica yang terbukti dapat mengawal berat badan dan membakar lemak. Selain itu ekstrak teh hijau dalam Dream Curve juga dapat membantu meningkatkan kesuburan.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapat Dream Curve boleh dapatkannya denga ejen Mylea yang sah diseluruh Malaysia, Website (www.mylea.my), ataupun HQ Mylea di Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu (09-622 2450 / 016-374 4029).