Langkah 1
Tekan pada butang :
Langkah 3
Terdapat dua butang:
(1) Notification Search untuk Produk Kosmetik
(2) Produk Search untuk Produk Farmasutikal atau Produk Tradisional
Langkah 4
Pilih Notification Search
Contoh, kita akan cari produk nama Mylea
Langkah 5
Selepas result keluar, klik pada Link Biru untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Mylea
Langkah 6
Malumat penuh dipaparkan
Di sini anda dapat lihat pelbagai maklumat mengenai produk yang dicari, termasuklah alamat, nombor telefon dan syarikat pengeluar
Dah Check Tapi Tiada Keputusan Tersenarai?
Ada beberapa kemungkinan yang mungkin terjadinya perkara sebegini, antaranya adalah seperti :
1- Nombor pendaftaran KKM produk tersebut tidak wujud atau palsu .
2- Nombor pendaftaran KKM produk tersebut bukan yang terkini / telah berubah (contohnya jika produk tersebut telah menambah baik isi kandungan baru, maka nombor pendaftaran KKM juga akan berubah kepada nombor siri yang terbaru atau nombor telah berubah kerana melebihi satu tahun dari tarikh dikeluarkan produk dan tidak dikemaskini.
3- Nombor pendaftaran KKM produk tersebut telah ditarik balik oleh KKM jika dikesan mengalami isi kandungan bahan yang merbahaya atau terlarang.
Langkah 8
Jom kita semak dahulu produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang sila CLICK link dibawah ini.
https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/adulterated
MAL adalah kod pangkal untuk produk ubat-ubatan
NOT pula ialah kod pangkal untuk produk kecantikan/kosmetik
NOT
Kosmetik ditakrifkan sebagai bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan rongga mulut.
Di Malaysia, produk kosmetik adalah di kawal di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ASEAN Cosmetic Directives (ACD) dan Guideline for Control of Cosmetic Product in Malaysia bagi menjamin produk kosmetik adalah berkualiti dan selamat kepada pengguna.Mulai tahun 2008, proses kawalan terhadap produk kosmetik telah bertukar dari Sistem Pendaftaran kepada Sistem NOTIFIKASI.
Melalui sistem notifikasi, pihak syarikat perlu membuat notifikasi kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) terlebih dahulu sebelum produk kosmetik tersebut boleh diimport, dikilangkan atau dipasarkan di Malaysia.Produk kosmetik yang telah dinotifikasi akan diberikan Nombor Notifikasi (NOT) sebagai bukti produk kosmetik tersebut telah bernotifikasi dengan pihak BPFK.
MAL
Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.
Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :Kategori pendaftaran produk:
A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan
KKM
Untuk makluman, produk yang berdaftar atau bernotifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak menggunakan huruf ‘KKM’ dalam mana-mana nombor pendaftaran atau nombor notifikasi.Jika produk-produk farmaseutikal, suplemen kesihatan, persediaan tradisional dan kosmetik ada No MAL maka produk – produk tersebut adalah selamat digunakan dari bahan-bahan terlarang seperti merkuri, sabrutamine dan bahan-bahan dan dadah yang terlarang.
Setiap produk kosmetik dan farmaseutikal termasuklah makanan tambahan dan persedian tradisional wajib mendaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum produk-produk tersebut dijual kepada pengguna.Nombor pendaftaran untuk produk-produk yang telah berdaftar dengan PBKD akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu nombor pendaftaran serta hologram yang tulen.